Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin, dilaporkan akan melawat Kyiv bagi membincangkan gesaan Ukraine untuk mendapatkan lebih banyak senjata berat.<br /><br />Lawatan yang diumumkan Presiden, Volodymyr Zelenskiy itu adalah perjumpaan peringkat tertinggi oleh pegawai Amerika sejak Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.
